Ingat 5 Sebelum 5 Perkara

Rasanya umum dah tahu apa itu ingat 5 sebelum 5 perkara .

  1. Sihat sebelum Sakit
  2. Muda sebelum Tua
  3. Kaya sebelum Miskin
  4. Lapang sebelum Sempit
  5. Hidup sebelum Mati
Cuba kita perhatikan satu persatu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung di setiap perkara tersebut .

  1. Sihat sebelum Sakit - Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan pada diri kita dan orang-orang disekeliling kita semasa kita masih sihat .
  2. Muda sebelum Tua - Sewaktu kita muda inilah saatnya kita berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajipan kita kepada Maha Pencipta kelak bila kita sudah tua , kita tidak lagi memikirkan hal duniawi .
  3. Kaya sebelum Miskin - Waktu kita kaya berharta itulah kita boleh menolong orang yang lebih susah daripada kita kerana sedekah yang ikhlas akan menjadi bekalan menghadapNya .
  4. Lapang sebelum Sempit - Waktu kita  masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda .
  5. Hidup sebelum Mati - Sesungguh nya sewaktu hidup , semua 4 perkara diatas boleh anda lakukan . Bila kita  telah tiada , hanya amal soleh , sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi kita .
Sebagai khalifah di muka bumi Allah ini aku sekadar mengingati kepada anda dan anda di luar sana dan tentunya kepada diri aku jugak . Mungkin conclusion aku tak sama dengan anda dan anda di luar sana apa-apa pun conclusion anda marilah kita sama-sama renung-renungkan dan selamat beramal : )

Wallahuaklam .


#sumber : Ibu aku . 

No comments:

Post a Comment