What if ........

Boyfriend yang korang cinta tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang dia sudah mempunyai anak dengan bekas kekasihnya yang korang benci .


Semua dah siap dah siap nak kahwin ni . Barang hantaran , Baju pengantin maupun kenduri kendara .
Haaa , apa tindakkan korang ??


a) melempang dia laju-laju 
b) menangis sampai menjadi kasim selamat 
c) ketawa sepuas-puasnya sampai dimasukkan ke wad penyakit jiwa 
d) berusaha mendapatkan anak dengan lelaki yang boyfriend korang benci pula . HAHA 


Oh , it's just a question : )

Kenapa Menyanyangi Kucing Lebih senang dari Menyanyangi Manusia


*Perkataan kucing boleh diganti dengan haiwan peliharaan lain yang korang suka  .

1
Kucing tak ada insecurities atau masalah self-esteem .

Kucing tak akan bertanya kamu soalan-soalan seperti "I nampak gemuk tak pakai baju ni?" atau "You ada berapa girlfriends sebelum I?" dan berpura-pura seperti mereka cool dan boleh handle the truth walaupun mereka sendiri tahu jawapan yang jujur akan membuatkan mereka sakit hati . Come the next argument , mulalah mereka mengungkit balik perkara lama .

Gf kepada bf : “Eleh you tu dulu panggil I gemuk , tak sedar diri langsung ! Tengok perut 

you , macam terlebih bulan!

Bf kepada gf : “Sebab ni kot you banyak sangat ex boyfriends ! Perangai buruk macamni , siapa boleh tahan ? Siapa tak nak tinggalkan?

2. Korang boleh memeluk dan mencium kucing dengan gaya yang paling obscene di khalayak ramai dan tak akan ditangkap JAIS .

Jika korang seorang Muslim, tak ada aurat atau konsep muhrim di antara korang dan kucing korang . Korang nak tidur dengan kucing korang pun tak ada siapa nak kecoh meskipun dalam rumah sendiri. Korang nak tidur dengan kucing korang dan abangnya sekali serentak pun masih tak ada sesiapa boleh kecoh .

3.
 Dengan kucing , korang tak mungkin ada masalah rimas , kelemasan atau tak cukup kebebasan .

Dia datang apabila mahu makan dan dibelai sahaja . Kadang-kadang korang boleh berada di dalam bilik yang sama dan dia tak akan menghiraukan korang langsung. 
Korang boleh enjoy a long comfortable silence yang hanya mampu dirasa oleh pasangan yang sudah lama bersama dan selesa dengan each other .

4. Kucing tak akan bermain permainan minda yang tak matang .

Kucing tak reti merajuk macam manusia . Kucing tak reti nak menggatal dengan laki atau perempuan lain selepas bergaduh kecil dengan pasangan mereka semata-mata untuk membuatkan pasangan mereka berasa cemburu supaya pasangan mereka memujuk mereka balik .

5. Kucing tak ada ego .

Kucing tak akan berpura-pura tak suka apabila suka atau menjual mahal . Apabila kita belai dia , dia akan purr . Tak seperti wanita atau lelaki yang suka berlakon konon-konon macam mereka aren’t easily impressed walaupun suka lepas itu demand macam-macam lagi . Kucing juga tak malu untuk memberitahu kamu dia rindukan kamu . Contohnya , selepas kamu pergi ke dapur untuk mengambil makanannya dan pergi balik ke dia , dia akan berlari ke arah kamu seolah-olah berkata, “O HAI! Saya dah tak jumpa awak macam, dah 10 saat! Saya rindu awak!”

6. Kucing tak reti berdendam .

Kalau kamu terpijak ekornya , dia pasti akan melupakan hal itu dalam sekurang-kurangnya 30 saat . Kalau kamu panggil suami kamu bodoh atau memanggil isteri kamu hodoh dan gemuk , mereka akan ingat dan mengungkit balik perkara itu seumur hidup .

7. Bila kucing mahu meninggalkan korang , tak banyak drama .

Mereka akan menghilang begitu sahaja . Tak ada pergaduhan besar , susulan drama , adegan pujuk merayu atau pembahagian dan pemulangan harta . Yang tinggal hanyalah memori yang indah-indah sahaja .

Owh entry ini hanya suka-suka sebab aku rindu kan kucing aku . 



Suneo the PlayCat <3
































Hmm , by the way is it 'menyanyangi' or 'menyayangi'? Ada huruf n sebelum y kedua atau tidak ? Ada sesiapa tahu ?


Bendera Merah and PMS

Mari sini semua aku nak cerita sikit .


perempuan , bila kena bendera merah . semuanya jadi tak kena .


suhu badan tak menentu . selalunya panaslah . kadang-kadang tak boleh berhenti peluh walaupun dalam tempat sejuk .


kaki dan pinggang lenguh-lenguh . sakitnya sampai tak larat nak berjalan macam orang pregnant tambahan pulak senggugut iaitu sakit perut yang melampau dan amat dasyat . Ya DASYAT !! owh aku pernah tengok kawan aku menangis meraung . lepastu dia ambil botol letak air suam and tuam dekat perut dia . dah macam bertungku macam orang lepas beranak .


Mood ?? tak payah cerita la . ada macam filem tamil . kalau bab-bab terasa tu memang bole menang award la kan . kadang-kadang benda kecil bole jadi besar . ada yang rasa insecurity . ada yang like really crazy craving . and and and mood swing . and pernah tak korang macam out of character korang ?? and yang paling last aku rasa of course la perempuan sangat emosi time ni . 


aku rasa semua perempuan akan melalui bendera merah and pre-menstrual-syndrome . and its not that we choose to have . its come by its self . ini semua adalah disebabkan pergolakkan hormon . cewah macam doctor pulak


owh , aku kalau datang bendera merah ni , kedudukan aku akan jadi macam ni 


tak tahu kenapa . tapi sangat selesa . tapi sekarang tidak lagi . sebab aku ada benda ini 



ini apa ya ?? inilah hot pillow . memang sangat-sangat berguna . sakit perut , sakit pinggang , rasa 
lenguh-lenguh , korang charge je benda ni . memang panas and sangat selesa . tak payah nak pakai tungku-tungku dah hehehe . 

apa lagi , jom semua beli hot pillow . Yes , HOT PILLOW 

p/s : nak beli kat aku pun bole jugak . : )

My Favorite Celebrity Homes .

Aku just nak share some celebrity homes that caught my attention . They are just too beautiful too be true . Rajin kan aku google tengah-tengah malam ni hehe .


# Kim Kardashian's . love her mini garden !

# Lisa Vanderpump's

# Nick Lachey's

# Celine Dion's . Swimming pool dia , larger than the house !! aku voted for this !

# Eddie Murphy . Besar weh . agak-agak berapa bilik ada dalam rumah ini .

# John Travolta . Style ! macam rumah panjang ! hehe

# Oprah Winfrey

Cantik kan ?? walaupun aku tahu maybe in future aku duduk apartment saja sebab harga tanah yang gila bangkai mahal , tapi aku nak berangan jugak . Aku memang suka berangan !

p/s : I'm in love with Celine Dion's home . What's your favorite : ) ??

Emosi

Ramai orang termasuk keluarga aku , ingat aku robot . Tak ada emosi . Tapi aku rasa macam-macam . Aku senang emphatise , aku sentiasa rasa mahu menolong orang . Walaupun lama-kelamaan aku sedar orang yang aku tolong itu biasanya akan mengkhianati aku .


Mereka tidak tahu aku pernah menangis tiap-tiap hari . Mereka tidak tahu aku pernah berdoa agar di langgar tren atau mendapat barah agar tidak payah meneruskan hidup lagi . Mereka tidak tahu sakitnya hati terpaksa dihantui consequences akibat kesilapan orang lain . 


Tapi takkan aku nak bazirkan hidup aku dengan membenci orang lain ?? Lebih baik aku sibukkan diri dengan living .



Teringin Makan .......

Aku dah banyak hari tak makan . 
Sekarang teringin nak makan macam-macam 


#paling teringin buat masa sekarang ni , double filet o fish . peerrggghhh sodap nya !


#dapat makan oreo ni , sodap jugak kan kan kan 


#subway ni , kedua teringin ! huish terliur dah ni .


#love's pepperoni pizza ! yummy .


#sedapnya kalau makan lasagna ! huish . rasanya yang ni , ketiga teringin .
owh , pernah cuba untuk masak lasagna tap tak berhasil :(


#dapat makan asam laksa ni terbaiikkkk jugak ni


#rasa macam menggedik nak makan durian pancake . 
lama tak pergi sweet chat ~


#jom serbu MBG fruit shop .
dorang potong buah kiwi ni sangat tebal . rasa syok je makan !


#nak makan buah delima ni , nak kena cari kat kedai yang dia tak potong lag .
kalau beli kat MBG , bagi aku sangat lah rugi . siap potong tak kisah la kan . tap sikit ! 
aku sekali nganga je dah habs huhuhu .


#rindunya nak makan tako tao . aisey ~


 #last but not least , jom serbu weh . 
seriously , sehingga menjilat ibu jari ! yummy .



p/s : Eh btw , 'rasa nak' dengan 'teringin' ada beza ke ?? ke sama je ??


Maafkan Along Amad

Aku tadi lambat ke class .  Dengan sepantas kilat aku bersiap dan aku main angkut saja buku nota entah sapa punya atas meja dan terus keluar dari rumah . Sesampai saja aku ke class , aku keluarkan buku nota tadi . Aku selak buku nota itu dan aku pun dengan tidak sengaja telah membaca segala isi dalam buku itu . Rupanya ini buku diary amad yang berapa tahun dulu .
kuikuikuikuikuikui

Sekali lagi , maafkan along amad .


#click semua gamba untuk larger view
#aku rasa amad bengang dengan kawan dia kot sebab main bapak-bapak . sebab masa ini ayah baru meninggal




# owh abaikan effect cahaya terlebih .


#yang paling aku tak tahan , amad dapat surat dari kawan dia . 


# tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudara tentang kebaikan menjaga alam sekitar 
kahkakkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah 
nak teburai perut aku tulis surat mcm ini .

Sorry lah amad . along tak sengaja dan tak sengaja baca . along tak tau pun buku ini buku amad  . hahahhahahahahahahhahaha


ini lah amad masa 2009

Dangdut Akhir Zaman .

Kalau kamu-kamu rasa goyang Inul tidak cukup mengGAIRAHKAN , sila tekan play untuk video di bawah ini . Aku jumpa video ini masa tengah syok layan lagu di u-tube . 


AMARAN : TIDAK SESUAI DI TONTON OLEH MEREKA YANG CEPAT TERANGSANG .


Kalau rasa tak sanggup tengok , jangan tekan play . Aku dah bagi AmaranKeras ni . Tapi aku rasa , aku dah buatkan kamu-kamu ini curious nak tengok kan ?? Hampeh la , korang suma lucah . HAHA !






Okey , sudah selamat ka ??  HAHA .Aku sebenarnya rasa berdosa tengok and kongsi video ini dengan kamu-kamu . Kalah American Pie . HAHA

Haih ,

Kenapalah lipas dicipta sebagai makhluk yang sangat hodoh dan boleh terbang . 


Maaf lipas , aku tak berniat nak menghina kau , tapi kau memang sangat hodoh dan menjijikkan .


Dan menggerunkan . 








*Bayangkan lipas berbulu kaki tajam dan lebat ini sedang merayap-rayap di atas lengan anda . 

Apa pun tak boleh !

Sejak kebelakangan ini , aku tertanya-tanya tentang kemampuan diri aku sendiri . Lebih-lebih lagi melihat kawan-kawan yang semakin hebat melangkah ke hadapan . Semuanya ada nama dan prestasi yang mengagumkan . " si A boleh itu , si B boleh buat ini dan si C lagilah bagusnya !"  


Tapi aku ?? hmm , bila aku cerminkan diri ... tak pasti apa yang mampu aku lakukan .


Lama tenung , jadi sedar . tak ada lansung ! *rasa loser yang amat ketika ini .


Tapi kerja freelance yang sedang aku lakukan , bukanlah satu jenis kemampuan , ianya cuma sesuatu yang perlu , untuk aku mengisi perut . Tak lebih dari itu .


Buat aku terfikir lagi , " apa gunanya aku disini ?" 



Ini Aku Dahulu .

Ini tentang pengalaman aku masa belajar Bahasa Inggeris . Yup aku tidak dilahirkan dalam sebuah keluarga yang menggunakan BI sebagai bahasa pengantaraan . 


Aku di sekolah rendah : terketar-ketar bila kena membaca perenggan ikut giliran masa subject BI . Sampaikan aku rehearse perenggan itu banyak kali dalam kepala aku supaya aku tak kena gelak bila tiba giliran aku untuk baca . Sampai tapak tangan aku berpeluh sebab aku terfikirkan aku patut sebut huruf 'o' atau sebut 'zero' bila aku sebut nombor telefon . Bukan itu saja , aku jadi gelabah memikirkan cara yang betul hotel dan butter . ( ba-ter , atau ba-derr ?? ) Jangan jawab . Ini cerita lama . Sampaikan kawan aku cakap dia pening bila turn aku nak baca . Katanya aku baca 'merangkak' dan 'tersangkut'


Aku pernah menyebut bintang horoskop Pisces sebagai 'Piskez' . 7 tahun kemudian , kawan aku buat kesalahan yang sama , aku gelak . Bukan mentertawakannya tapi sebab aku teringat aku pun pernah buat kesalahan yang sama . Aku pernah menyebut Lancome sebagai 'Lan-Kam' . L'occitane sebagai 'Lo-che-tan' . Macam-macam lagi kesalahan pronunciation aku pernah buat ( dan masih buat sekarang ) .


Proses pembelajaran BI aku benar-benar bermula masa aku form 2 . Itupun disebabkan aku nak ambil exam PMR next year and setelah penat ditertawakan . Cuba bayangkan , aku tuition BI masa form 1 for nothing . Tak ada apa yang berubah . Masa tuition itu , banyak kali la aku kena gelak . Buat kan aku rasa benci nak datang tuition BI . Dah la setiap kali aku datang , Teacher Malini suruh aku baca paper star . Dah la tebal , aku baca seminggu pun tak habis . Lepas itu , Teacher Malini belikan aku buku 'Peter and Jane' siri 1-10 . Buku ini lebih kurang macam buku 'Bacalah Anakku' untuk budak-budak yang baru nak membaca macam nak sebut suku kata . Disebabkan buku 'Peter and Jane' ini lah aku rasa menyampah dekat Teacher Malini sebab bukan saja aku kena bahan dekat tuition tap dekat sekolah pun . Sebab budak tuition aku sama sekolah dengan aku . 


Ini semua cerita dulu . Sekarang , tak ada lagi yang gelak kan  aku bila aku bertutur dalam BI . Ada la jugak beberapa orang yang gelak kan aku bila aku ada salah pronounce . Tapi aku dah tak amik hati pun sebab aku belajar dari kesilapan . Lagipun aku dah buktikan pada kawan-kawan aku yang gelak kan aku . Aku belajar LCCI and aku score untuk test English for Business 1 & 2 . Dan aku dalam peracangan nak ambil test EFB3 and IELTS . Aku tak cakap aku dah bagus . Aku masih lagi belajar dan belajar .


p/s : last week , aku ada listening test . Cikgu aku baca 'people should feel safe from attack in their own homes , at school , bla bla bla bla so be safe . Aku pulak pegi tulis 'people should feel save from attack in their own homes , at school , bla bla bla bla so be save . 
Tak ada sapa pun gelak kan aku tap aku yang gelak besar dekat diri aku sendiri sebab aku buat kesalahan yang macam bangang . Fyi aku bukan jenis suka meniru dalam spelling test . Kalau salah , biar la salah sebab benda itu , aku yang tulis . 



Sikit kata untuk Dia .

Aku kesian dekat dia . 
Aku sayang dia .
Aku tahu dia buat semuanya untuk aku . 






Aku nak dia tahu aku sayang dia sangat . Itu saja .

Kalau lah Aku jadi jurulatih beliau ....



sumpah aku kan lempang beliau laju-laju lepas game .

hahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahhahah

Happy Birthday 15 Nov 1988

today it's my birthday !



Birthday Girl Wish List ! hahaha


1. Menjadi ALONG yang di respect oleh adik-adiknya .


2. i need this one ! 

sebenarnya , i've always wanted to buy ipad or samsung tablet but i dont like carrying them . dah la besar gabak buat sakit bahu je if i put in my handbag and imagine if i watch my favourite series , people approximately 1 meter away from me pun boleh intai-intai . i value my privacy u know :p
so galaxy note ni combination of samsung tablet and galaxy phone tu but smaller than the tablet and slightly bogger than the phone .


screen dia BESAR 5.3 inches and HD , boleh la nak tengok movie sambil baring , sambil masak , sambil basuh baju etc etc WAIT , 
the best thing benda ni multitask !!
contoh , boleh tengok movie and download email at the same time instead of kena bukak satu-satu .
ini memang functionality yang terBAAEEEKKKKKK !!


3. choc bar




sangat sedap ! nak lagi ! sapa nak belanja ?? haha 


4. teringin nak makan yang ini hagen dasz fondue ! 
tak pernah makan benda ni .




#gambar rembat dekat google . 


5. nak jumpa matluthfi bole ?? haha




matluthfi sangat comel dengan slang nya ! 







Addicted



Tak sampai sejam dah 4 bungkus aku tibai . Apa benda yang dia letak dalam ni sampai jadi sedap sangat ni .

Kalau terer cuba sebut laju-laju .

Mr.See  owned a saw And Mr.Soar owned a seesaw . Now see's sawed Soar's seesaw before Soar saw see , Which made Soar sore . Had Soar seen see's saw before see sawed Soar's seesaw , See's saw would not have sawed Soar's seesaw . So see's saw sawed Soar's seesaw . But it was sad to see Soar so sore just because See's saw sawed Soar's seesaw ......








Apa bersembur air liur ni .... 














Love Note .

Baby .


" You're are the sweetest things that ever happen to me ! "


# I don't want to become someone you used to know
I don't want to see you look at another girl the way you used to look at me . I want to be the girl you fall in love with and can never find another girl to replace . I want to be the girl you grow up with and share the best memories with . I want to be the girl who everyone thinks you're going to end up marrying because of how perfect we are together .




Sincerely , Nas .


                                                                                     

Setelah sekian lama .

Sejak


Dua menjak


Tiga menjak


Empat menjak


Lima menjak


Enam menjak


Tujuh menjak


Lapan menjak


Sembilan menjak


Sepuluh menjak ini , 


Aku sudah lama tidak berganjak untuk bersajak .


#wtf sejak bila pulak aku bersajak ??

Tekanan seorang FATGIRL

Aku ni , memang sangat-sangat enjoy tengok movie ! Kira boleh di katakan , aku ni sampai sanggup tak tido malam sebab nak tengok movie . Teruk kan ?? hish !


Di sebabkan aku ni ada telampau banyak masa , so adik aku , bagi aku bunch of list dvd untuk aku tengok . Adik aku cakap 'sure along tak tengok lagi semua movie ni'


Okey , memang betul pun , list-list movie yang adik aku bagi tu memang aku tak tengok lagi pun . And kebanyakkan nya movie yang adik aku bagi ni , movie lama . Tapi okey la . Sebab aku ada  banyak sanagt-sangat masa terluang  : D


Dalam banyak-banyak movie yang aku tengok , movie yang sangat menarik minat aku , movie dari perancis ni . Aku sangat-sangat excited pasal movie ni sebab konflik yang ada dalam main character dalam movie ni , seorang remaja perempuan , berumur dalam 13/14 tahun yang bersaiz besar dan hodoh dari pandangannya sendiri . Macam aku


Nama movie ni , A ma soeur ! (For my sister) tapi setelah di tukar kepada bahasa inggeris , jadi lah Fat Girl , arahan Catherine Breillat. Pelakon utamanya ialah Anais Reboux (Anais) dan Roxane Mesquida (Elena). 




Okey , ni serba sedikit review pasal movie ni . Mungkin korang bole tangkap jalan cerita movie ni sepanjang entri ni .


Anais selalu berasa rendah diri dengan rupa dan fizikalnya . Dia hidup di dalam dunianya sendiri berbanding dengan kakaknya (Elena) yang cun , hot , dan confident . Mak bapak diaorang ni agak self-centered dan selalu melayan Anaïs lebih kasar dari Elana. Setiap kali buat salah je , kena tampar , kena jerit . Tapi Elena sayang dekat adiknya , Anais . Seperti hubungan adik-beradik yang normal , mereka kadang-kadang berkasih sayang dan kadang - kadang bergaduhan macam penyokong bolasepak 


Anais dan Elena mempunyai pendapat yang berbeza tentang isu 'menghilangkan virginity' mereka . Atau dalam kata lain , 'pop the cherry' . Elena mahu memberikan cherrynya kepada lelaki pertama yang dicintai . Tetapi Anaïs mahu memberikan cherrynya kepada orang yang tak disayangi , tak dikenali atau nobody atas alasan jika cherry diberikan pada orang pertama yang disayangi , dia akan sangat kecewa jika ditinggalkan lelaki pertama itu nanti. Malangnya, tidak ada sesiapa pun yang mahu pop Anais punya cherry . 




Kemurungan Anais bertambah , apabila Elena mempunyai teman lelaki baru dan sneak in masuk ke bilik lalu berasmara di atas katil sambil diperhatikan oleh Anaïs (di katil yang lain) yang berpura sedang tidur atau tidur-tidur ayam . Setiap aktiviti Elena dan teman lelakinya , didengari dan diperhatikan oleh Anais . Anais juga mahu dicintai , disayangi . Dia mahu ada lelaki yang sanggup sneak in ke biliknya semata- mata untuk berasmara seperti Elena dan teman lelakinya . Pada malam pertama teman lelaki Elena sneak ini bilik mereka , Elena belum bersedia untuk memberikan cherrynya .



AMARAN : Movie ini tak kenal baju dan seluar . Mereka orang Perancis dan kita bukan .
INGAT TU .

Anais merasakan dirinya didiskriminasikan oleh keluarga dan kaum lelaki . Konflik dalaman dirinya bertambah-tambah setiap hari , namun dia cuba bertahan . Dia pretend , kononnya tak ada masalah tentang isu ini . Hidupnya setiap hari , penuh dengan penipuan diri sendiri . Anais yang suka makan banyak , makan seperti biasa setiap hari dan menyanyi sewaktu di pantai serta bermonolog seorang diri dalam kolam renang . Anais berangan , kononnya sedang berdialog dengan 2 orang lelaki yang tergila-gilakannya . (sebenarnya tangga swimming pool) Anais berbelah bahagi untuk membuat pilihan . Anais tidak tahu lelaki mana yang harus dipilih . Tapi itu cuma angan-angan . Realitinya , tidak ada satu pun lelaki yang mahukannya , apatah lagi cherrynya . (Kesian budak ni masa scene ni)


Ini dirasakan setiap hari oleh Anais , terutamanya setiap kali meneman kakaknya ber-dating kerana mereka selalu keluar bersama . Setiap hari , kebahagian yang diidamkan , berlaku di depan matanya sendiri tetapi bukan ke atas dirinya . Elena juga selalu menceritakan tentang teman lelakinya kepada Anais . Mereka bergelak ketawa tapi sebenarnya Anais cemburu dan sedih . Maka bertambahlah kemurungan , kegelisahan , kegeraman yang mencetuskan pemberontakan kecil di dalam dirinya . Anais struggle untuk melawan perasaannya itu setiap hari . Dia cuma mahukan sedikit perhatian , tapi gagal .

Satu hari , teman lelaki Elena memberikan cincin sebagai tanda 'pertunangan' . Disebabkan pemberian yang kononnya berharga itu , Elena telah bersetuju untuk memberikan cherry atau virginity kepada teman lelakinya itu . Pada malam itu , sedang mereka 'bertukaran segalanya' , Anais tidak tidur dan menangis seorang diri kerana cemburu dan tertekan . Dia juga mahu ada lelaki yang mahukannya . 



Kemudian apa jadi?


Nak dijadikan cerita , mak diaorang dapat tahu pasal Elena dan teman lelakinya sebab mak pada teman lelaki Elena datang untuk meminta kembali cincin miliknya . Dorang sekeluarga pun kemas barang dan segera pulang ke rumah . Ouh, aku lupa nak bagitahu sebenarnya dorang sedang bercuti and bapak diaorang dah balik awal. Tujuan dorang balik adalah untuk menceritakan pada bapaknya bahawa Elena dah tak ada dara lagi .

Setelah penat mak mereka memandu kereta hingga lewat malam , mereka bertiga pun berhenti di kawasan rehat lebuhraya sebab terlalu penat dan mahu tidur . Sedang mereka tidur dalam kereta kecuali Anais, datang seorang lelaki memecahkan tingkap kereta dengan kapak dan mengkapak kepala Elena serta mencekik maknya hingga mati .

Yup , kepala Elena telah dikapakScene ni agak brutal. Terkejut aku.

Walau bagaimanapun , Anais tidak menjerit atau mintak tolong tapi dia hanya memandang pengkapak itu lalu keluar kereta dan lari ke dalam hutan . Pengkapak itu mengejar Anais dan telah merogolnya di dalam hutan . Anais ??

Senyap dan langsung tidak menjerit . Pengkapak dan sekarang perogol itu pelik .

Keesokkan paginya , sekumpulan polis telah menjumpai mayat Elena dan ibunya serta Anais di bawa keluar dari hutan . Tanpa disoal , Anaïs telah memberi tahu ;

"Dia tidak rogol saya, kamu tidak percaya?"

Anais sangat berpuas hati dan telah terkeluar dari tekanan atau pemberontakkan kecil kerana akhirnya ada juga lelaki yang mahu merogolnya . Walaupun di depan matanya terbaring mayat kakak dan maknya , dia langsung tidak menangis kerana padanya , hidupnya masih lagi ada harapan . Sebab ??? Sekurang-kurangnya , masih ada lelaki yang bernafsu dekatnya membuatkan dia bukanlah seorang loser .

Movie ini mengarut ??? Gila ???

Pada aku tidak , kerana aku percaya , akibat tekanan yang melampau , kewarasan itu menjadi mudah-pecah atau fragile. Dari sudut psikologi pula , perkara ini sangat logik. Kalau tak , tak ada la orang putus cinta sanggup bunuh diri . Tak ada la , sebabkan cemburu , sampai sanggup nak simbah-simbah asid . Ini suma sebab apa ??? Kewarasan tu dah tak ada ! Orang sampai hilang pertimbangan .

Ni serba sedikit scene-scene dari movie ni