Kisah Hati .










kesedihan , adakalanya perlu dilayan .
supaya dia tidak cemburu , dengan kegembiraan .

What if ........

Boyfriend yang korang cinta tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang dia sudah mempunyai anak dengan bekas kekasihnya yang korang benci .


Semua dah siap dah siap nak kahwin ni . Barang hantaran , Baju pengantin maupun kenduri kendara .
Haaa , apa tindakkan korang ??


a) melempang dia laju-laju 
b) menangis sampai menjadi kasim selamat 
c) ketawa sepuas-puasnya sampai dimasukkan ke wad penyakit jiwa 
d) berusaha mendapatkan anak dengan lelaki yang boyfriend korang benci pula . HAHA 


Oh , it's just a question : )

Kenapa Menyanyangi Kucing Lebih senang dari Menyanyangi Manusia


*Perkataan kucing boleh diganti dengan haiwan peliharaan lain yang korang suka  .

1
Kucing tak ada insecurities atau masalah self-esteem .

Kucing tak akan bertanya kamu soalan-soalan seperti "I nampak gemuk tak pakai baju ni?" atau "You ada berapa girlfriends sebelum I?" dan berpura-pura seperti mereka cool dan boleh handle the truth walaupun mereka sendiri tahu jawapan yang jujur akan membuatkan mereka sakit hati . Come the next argument , mulalah mereka mengungkit balik perkara lama .

Gf kepada bf : “Eleh you tu dulu panggil I gemuk , tak sedar diri langsung ! Tengok perut 

you , macam terlebih bulan!

Bf kepada gf : “Sebab ni kot you banyak sangat ex boyfriends ! Perangai buruk macamni , siapa boleh tahan ? Siapa tak nak tinggalkan?

2. Korang boleh memeluk dan mencium kucing dengan gaya yang paling obscene di khalayak ramai dan tak akan ditangkap JAIS .

Jika korang seorang Muslim, tak ada aurat atau konsep muhrim di antara korang dan kucing korang . Korang nak tidur dengan kucing korang pun tak ada siapa nak kecoh meskipun dalam rumah sendiri. Korang nak tidur dengan kucing korang dan abangnya sekali serentak pun masih tak ada sesiapa boleh kecoh .

3.
 Dengan kucing , korang tak mungkin ada masalah rimas , kelemasan atau tak cukup kebebasan .

Dia datang apabila mahu makan dan dibelai sahaja . Kadang-kadang korang boleh berada di dalam bilik yang sama dan dia tak akan menghiraukan korang langsung. 
Korang boleh enjoy a long comfortable silence yang hanya mampu dirasa oleh pasangan yang sudah lama bersama dan selesa dengan each other .

4. Kucing tak akan bermain permainan minda yang tak matang .

Kucing tak reti merajuk macam manusia . Kucing tak reti nak menggatal dengan laki atau perempuan lain selepas bergaduh kecil dengan pasangan mereka semata-mata untuk membuatkan pasangan mereka berasa cemburu supaya pasangan mereka memujuk mereka balik .

5. Kucing tak ada ego .

Kucing tak akan berpura-pura tak suka apabila suka atau menjual mahal . Apabila kita belai dia , dia akan purr . Tak seperti wanita atau lelaki yang suka berlakon konon-konon macam mereka aren’t easily impressed walaupun suka lepas itu demand macam-macam lagi . Kucing juga tak malu untuk memberitahu kamu dia rindukan kamu . Contohnya , selepas kamu pergi ke dapur untuk mengambil makanannya dan pergi balik ke dia , dia akan berlari ke arah kamu seolah-olah berkata, “O HAI! Saya dah tak jumpa awak macam, dah 10 saat! Saya rindu awak!”

6. Kucing tak reti berdendam .

Kalau kamu terpijak ekornya , dia pasti akan melupakan hal itu dalam sekurang-kurangnya 30 saat . Kalau kamu panggil suami kamu bodoh atau memanggil isteri kamu hodoh dan gemuk , mereka akan ingat dan mengungkit balik perkara itu seumur hidup .

7. Bila kucing mahu meninggalkan korang , tak banyak drama .

Mereka akan menghilang begitu sahaja . Tak ada pergaduhan besar , susulan drama , adegan pujuk merayu atau pembahagian dan pemulangan harta . Yang tinggal hanyalah memori yang indah-indah sahaja .

Owh entry ini hanya suka-suka sebab aku rindu kan kucing aku . 



Suneo the PlayCat <3
































Hmm , by the way is it 'menyanyangi' or 'menyayangi'? Ada huruf n sebelum y kedua atau tidak ? Ada sesiapa tahu ?


Bendera Merah and PMS

Mari sini semua aku nak cerita sikit .


perempuan , bila kena bendera merah . semuanya jadi tak kena .


suhu badan tak menentu . selalunya panaslah . kadang-kadang tak boleh berhenti peluh walaupun dalam tempat sejuk .


kaki dan pinggang lenguh-lenguh . sakitnya sampai tak larat nak berjalan macam orang pregnant tambahan pulak senggugut iaitu sakit perut yang melampau dan amat dasyat . Ya DASYAT !! owh aku pernah tengok kawan aku menangis meraung . lepastu dia ambil botol letak air suam and tuam dekat perut dia . dah macam bertungku macam orang lepas beranak .


Mood ?? tak payah cerita la . ada macam filem tamil . kalau bab-bab terasa tu memang bole menang award la kan . kadang-kadang benda kecil bole jadi besar . ada yang rasa insecurity . ada yang like really crazy craving . and and and mood swing . and pernah tak korang macam out of character korang ?? and yang paling last aku rasa of course la perempuan sangat emosi time ni . 


aku rasa semua perempuan akan melalui bendera merah and pre-menstrual-syndrome . and its not that we choose to have . its come by its self . ini semua adalah disebabkan pergolakkan hormon . cewah macam doctor pulak


owh , aku kalau datang bendera merah ni , kedudukan aku akan jadi macam ni 


tak tahu kenapa . tapi sangat selesa . tapi sekarang tidak lagi . sebab aku ada benda ini 



ini apa ya ?? inilah hot pillow . memang sangat-sangat berguna . sakit perut , sakit pinggang , rasa 
lenguh-lenguh , korang charge je benda ni . memang panas and sangat selesa . tak payah nak pakai tungku-tungku dah hehehe . 

apa lagi , jom semua beli hot pillow . Yes , HOT PILLOW 

p/s : nak beli kat aku pun bole jugak . : )

My Favorite Celebrity Homes .

Aku just nak share some celebrity homes that caught my attention . They are just too beautiful too be true . Rajin kan aku google tengah-tengah malam ni hehe .


# Kim Kardashian's . love her mini garden !

# Lisa Vanderpump's

# Nick Lachey's

# Celine Dion's . Swimming pool dia , larger than the house !! aku voted for this !

# Eddie Murphy . Besar weh . agak-agak berapa bilik ada dalam rumah ini .

# John Travolta . Style ! macam rumah panjang ! hehe

# Oprah Winfrey

Cantik kan ?? walaupun aku tahu maybe in future aku duduk apartment saja sebab harga tanah yang gila bangkai mahal , tapi aku nak berangan jugak . Aku memang suka berangan !

p/s : I'm in love with Celine Dion's home . What's your favorite : ) ??

Emosi

Ramai orang termasuk keluarga aku , ingat aku robot . Tak ada emosi . Tapi aku rasa macam-macam . Aku senang emphatise , aku sentiasa rasa mahu menolong orang . Walaupun lama-kelamaan aku sedar orang yang aku tolong itu biasanya akan mengkhianati aku .


Mereka tidak tahu aku pernah menangis tiap-tiap hari . Mereka tidak tahu aku pernah berdoa agar di langgar tren atau mendapat barah agar tidak payah meneruskan hidup lagi . Mereka tidak tahu sakitnya hati terpaksa dihantui consequences akibat kesilapan orang lain . 


Tapi takkan aku nak bazirkan hidup aku dengan membenci orang lain ?? Lebih baik aku sibukkan diri dengan living .



Teringin Makan .......

Aku dah banyak hari tak makan . 
Sekarang teringin nak makan macam-macam 


#paling teringin buat masa sekarang ni , double filet o fish . peerrggghhh sodap nya !


#dapat makan oreo ni , sodap jugak kan kan kan 


#subway ni , kedua teringin ! huish terliur dah ni .


#love's pepperoni pizza ! yummy .


#sedapnya kalau makan lasagna ! huish . rasanya yang ni , ketiga teringin .
owh , pernah cuba untuk masak lasagna tap tak berhasil :(


#dapat makan asam laksa ni terbaiikkkk jugak ni


#rasa macam menggedik nak makan durian pancake . 
lama tak pergi sweet chat ~


#jom serbu MBG fruit shop .
dorang potong buah kiwi ni sangat tebal . rasa syok je makan !


#nak makan buah delima ni , nak kena cari kat kedai yang dia tak potong lag .
kalau beli kat MBG , bagi aku sangat lah rugi . siap potong tak kisah la kan . tap sikit ! 
aku sekali nganga je dah habs huhuhu .


#rindunya nak makan tako tao . aisey ~


 #last but not least , jom serbu weh . 
seriously , sehingga menjilat ibu jari ! yummy .



p/s : Eh btw , 'rasa nak' dengan 'teringin' ada beza ke ?? ke sama je ??