Solat Jumaat
Jumaat lepas , aku tolong hantarkan adik aku yang bongsu ni , Ahmad pegi Masjid nak solat jumaat . Waktu tu dah agak lambat dah Ahmad pergi . Waktu tu tok imam nak solat dah .
Tapi kan , aku sempat la dengar tok imam ni cakap
'semua rapatkan saf . dan anak-anak kecil dekat belakang tu , jangan buat bising dan jangan main-main . sesiapa yang buat bising atau main-main ketika solat , pakcik akan kurung kamu di dalam bilik mandi jenazah'
Aku terkedu kot masa dengar tok imam tu cakap macam tu . Tapi lepas tu , aku tengok , budak-budak semua , dok behenti main and rapatkan saf .
Respect la kat tok imam ni sebab dia pandai psycho budak-budak ni .
HAHA . budak-budak kena tipu ~
Ingat 5 Sebelum 5 Perkara
Rasanya umum dah tahu apa itu ingat 5 sebelum 5 perkara .
- Sihat sebelum Sakit
- Muda sebelum Tua
- Kaya sebelum Miskin
- Lapang sebelum Sempit
- Hidup sebelum Mati
- Sihat sebelum Sakit - Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan pada diri kita dan orang-orang disekeliling kita semasa kita masih sihat .
- Muda sebelum Tua - Sewaktu kita muda inilah saatnya kita berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajipan kita kepada Maha Pencipta kelak bila kita sudah tua , kita tidak lagi memikirkan hal duniawi .
- Kaya sebelum Miskin - Waktu kita kaya berharta itulah kita boleh menolong orang yang lebih susah daripada kita kerana sedekah yang ikhlas akan menjadi bekalan menghadapNya .
- Lapang sebelum Sempit - Waktu kita masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda .
- Hidup sebelum Mati - Sesungguh nya sewaktu hidup , semua 4 perkara diatas boleh anda lakukan . Bila kita telah tiada , hanya amal soleh , sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi kita .
Sebagai khalifah di muka bumi Allah ini aku sekadar mengingati kepada anda dan anda di luar sana dan tentunya kepada diri aku jugak . Mungkin conclusion aku tak sama dengan anda dan anda di luar sana apa-apa pun conclusion anda marilah kita sama-sama renung-renungkan dan selamat beramal : )
Wallahuaklam .
#sumber : Ibu aku .
Ramadhan ke 17
..... sangat bermakna buat diri aku .
Hati menjadi sebak . tak tahu kenapa . Tapi aku bersyukur aku masih diberi kesempatan untuk bernafas .
Semoga perubahan aku ini akan kekal hingga akhir nyawa aku .
Insyaallah .
Hati menjadi sebak . tak tahu kenapa . Tapi aku bersyukur aku masih diberi kesempatan untuk bernafas .
Semoga perubahan aku ini akan kekal hingga akhir nyawa aku .
Insyaallah .
Rara Zikry
Okey , aku bukan nak cerita pasal Rara n Victor . But aku nak cerita pasal Rara yang suddenly yang jatuh sakit dengan tiba-tiba .
On 19Mac 2010 , Rara koma selama 2bulan di sebabkan mild asthma . Rara admitted dekat Darul Ehsan Medical Center Shah Alam dan kemudian nya di reffer di Subang Jaya Medical Center dan dimasukkan dalam ICU .
Allhamdulliah setelah hampir 2bulan , Rara bangun dari koma tetapi tidak mampu untuk bercakap atau berkomunikasi dengan ibu bapa nya , saudara mara mahupun kawan-kawan .
Beliau perlu diberi makan melalui tiub yang dibahagian bawah abdomen beliau .
Rara punya tangan n kaki , stiff untill today and she needs further medical treatment from specialists at University Hospital .
Setelah di diagnosis , beliau mengalami Hypoxic Ischaemic Encephalopathy dalam erti kata lain , beliau mengalami kecederaan otak disebabkan kekurangan oksigen kerana beliau mempunyai kesukaran bernafas .
Cost hospital untuk rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya came around RM 80,000 itu pun tidak termasuk cost rawatan di DEMC dan juga beberapa cost lain yang ditanggung di Sunway Hospital . Buat masa sekarang beliau menerima rawatan susulan di Hospital University that require intrathecal msdications for her spastic episodes which would involve :
- EDM Lumber Drainage Kit , Qty 1 costing RM900.00 per unit .
- IT Baclofen test doses 1ml/vial (50mcg/ml) Qty 3 costing RM115.00 per unit .
- Intrathecal Drug Delivery Package . i.e : Synchromed Programmable , Two piece catheter kit , Tunnel rod Qty 1 costing RM45,000.00 .
- IT Baclofen 20ml/vial (500mcg/ml) Qty 1-2 vials / mth costing RM670 per unit .
.
To rara's family , be strong ! Kuatkan semangat dan kesabaran menempuhi segala cubaan dan dugaan dari Allah s.w.t . Semoga rara cepat sembuh dan kembali seperti dulu . Segala yang berlaku ada hikmahnya . Ini adalah salah satu ujian dari Allah terhadap hambaNya .
HARGAILAH DIRI KORANG
Ketika korang dalam keadaan stress ke, down ke, jangan ingat korang susah dan malang kerana ada yang lebih tidak sempurna dari kita. So, layan video ini untuk menjadi motivasi diri kita sendiri .
NOSTALGIC
Post MASA SEKOLAH RENDAH , aku lupa nak list benda nih .
Korang ingat lagi tak benda alah nih ?
Ingat tak ?? Alar dia macam lebih kurang barbie bole tukar-tukar baju . Tapi barbie nih , dalam bentuk kertas . So , bila nak tukar baju , klip kan dekat bahu dia . (benda ni cepat koyak) Benda nih , famous gila babeng okey mase aku kecik-kecik dulu . Mase tu aku standard 3 kot dalam tahun 1997 . aku tak sure benda ni ada lag ke tak .
Dulu aku dengan budak sekolah , lepas class tambahan , selalu pegi kedai TITIAN EMAS ataupun KIT STAR dekat ss19 .
Aku tak sure dua kedai ni ada lagi ke tak memandangkan aku dah lama tak datang ss19 .
Lepas aku standard 4 , aku dah tak main dah benda-benda nih . sebab adik-adik aku yang sangat lah 'HERO' tu , selalu ejek-ejek aku .
Start dari situ aku dah beralih arah main TAMIA .
Haaaa... korang ingat tak ape tu tamia ??
Aku sampai siap ada track tamia lag . (berlagak) huh .
Nanti aku share ngan korang gambar track tamia aku .
Sekarang tak ingat letak dekat mana .
And , malas lah nak cari sekarang .
LEPASLAH PEREMPUAN TU
Tadi aku dengar suara perempuan jerit.
Lepaslah . Lepas . Lepaslah . Lepaslah .
Dari rumah tingkat atas . Disusuli dengan beberapa bunyi tamparan dan pukulan. Aku , adik aku , berpaling dekat atas , terpinga - pinga, melilau merata , tertanya - tanya dalam kepala , siapa , rumah mana , apa dan kenapa.
Lepaslah !
Perempuan itu kena pukul agaknya. Kuat.
Lepaslah!
Dia menjerit sakit. Aku yang mendengar ,
perit.
Lepaslah . Lepas . Lepaslah . Lepaslah .
Dari rumah tingkat atas . Disusuli dengan beberapa bunyi tamparan dan pukulan. Aku , adik aku , berpaling dekat atas , terpinga - pinga, melilau merata , tertanya - tanya dalam kepala , siapa , rumah mana , apa dan kenapa.
Lepaslah !
Perempuan itu kena pukul agaknya. Kuat.
Lepaslah!
Dia menjerit sakit. Aku yang mendengar ,
perit.
Subscribe to:
Posts (Atom)


