Emosi

Ramai orang termasuk keluarga aku , ingat aku robot . Tak ada emosi . Tapi aku rasa macam-macam . Aku senang emphatise , aku sentiasa rasa mahu menolong orang . Walaupun lama-kelamaan aku sedar orang yang aku tolong itu biasanya akan mengkhianati aku .


Mereka tidak tahu aku pernah menangis tiap-tiap hari . Mereka tidak tahu aku pernah berdoa agar di langgar tren atau mendapat barah agar tidak payah meneruskan hidup lagi . Mereka tidak tahu sakitnya hati terpaksa dihantui consequences akibat kesilapan orang lain . 


Tapi takkan aku nak bazirkan hidup aku dengan membenci orang lain ?? Lebih baik aku sibukkan diri dengan living .



No comments:

Post a Comment