Kenapa Menyanyangi Kucing Lebih senang dari Menyanyangi Manusia


*Perkataan kucing boleh diganti dengan haiwan peliharaan lain yang korang suka  .

1
Kucing tak ada insecurities atau masalah self-esteem .

Kucing tak akan bertanya kamu soalan-soalan seperti "I nampak gemuk tak pakai baju ni?" atau "You ada berapa girlfriends sebelum I?" dan berpura-pura seperti mereka cool dan boleh handle the truth walaupun mereka sendiri tahu jawapan yang jujur akan membuatkan mereka sakit hati . Come the next argument , mulalah mereka mengungkit balik perkara lama .

Gf kepada bf : “Eleh you tu dulu panggil I gemuk , tak sedar diri langsung ! Tengok perut 

you , macam terlebih bulan!

Bf kepada gf : “Sebab ni kot you banyak sangat ex boyfriends ! Perangai buruk macamni , siapa boleh tahan ? Siapa tak nak tinggalkan?

2. Korang boleh memeluk dan mencium kucing dengan gaya yang paling obscene di khalayak ramai dan tak akan ditangkap JAIS .

Jika korang seorang Muslim, tak ada aurat atau konsep muhrim di antara korang dan kucing korang . Korang nak tidur dengan kucing korang pun tak ada siapa nak kecoh meskipun dalam rumah sendiri. Korang nak tidur dengan kucing korang dan abangnya sekali serentak pun masih tak ada sesiapa boleh kecoh .

3.
 Dengan kucing , korang tak mungkin ada masalah rimas , kelemasan atau tak cukup kebebasan .

Dia datang apabila mahu makan dan dibelai sahaja . Kadang-kadang korang boleh berada di dalam bilik yang sama dan dia tak akan menghiraukan korang langsung. 
Korang boleh enjoy a long comfortable silence yang hanya mampu dirasa oleh pasangan yang sudah lama bersama dan selesa dengan each other .

4. Kucing tak akan bermain permainan minda yang tak matang .

Kucing tak reti merajuk macam manusia . Kucing tak reti nak menggatal dengan laki atau perempuan lain selepas bergaduh kecil dengan pasangan mereka semata-mata untuk membuatkan pasangan mereka berasa cemburu supaya pasangan mereka memujuk mereka balik .

5. Kucing tak ada ego .

Kucing tak akan berpura-pura tak suka apabila suka atau menjual mahal . Apabila kita belai dia , dia akan purr . Tak seperti wanita atau lelaki yang suka berlakon konon-konon macam mereka aren’t easily impressed walaupun suka lepas itu demand macam-macam lagi . Kucing juga tak malu untuk memberitahu kamu dia rindukan kamu . Contohnya , selepas kamu pergi ke dapur untuk mengambil makanannya dan pergi balik ke dia , dia akan berlari ke arah kamu seolah-olah berkata, “O HAI! Saya dah tak jumpa awak macam, dah 10 saat! Saya rindu awak!”

6. Kucing tak reti berdendam .

Kalau kamu terpijak ekornya , dia pasti akan melupakan hal itu dalam sekurang-kurangnya 30 saat . Kalau kamu panggil suami kamu bodoh atau memanggil isteri kamu hodoh dan gemuk , mereka akan ingat dan mengungkit balik perkara itu seumur hidup .

7. Bila kucing mahu meninggalkan korang , tak banyak drama .

Mereka akan menghilang begitu sahaja . Tak ada pergaduhan besar , susulan drama , adegan pujuk merayu atau pembahagian dan pemulangan harta . Yang tinggal hanyalah memori yang indah-indah sahaja .

Owh entry ini hanya suka-suka sebab aku rindu kan kucing aku . 



Suneo the PlayCat <3
































Hmm , by the way is it 'menyanyangi' or 'menyayangi'? Ada huruf n sebelum y kedua atau tidak ? Ada sesiapa tahu ?


No comments:

Post a Comment